Selasa, 13 Oktober 2009

TANGGUNGJAWAB DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU



Tugas Penuntut Ilmu Secara Umum, dapat digariskan empat tugas iaitu;


1) Memperbetulkan niat

Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu, ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah. Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang allim, atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak..-Riwayat oleh Abd. Razak- Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanafaatkannya.

2)Berterusan dalam menuntut ilmu

Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu. Firman Allah SWT. "Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu"surah Toha ayat 114

3) Sabar

Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersiafat fizikal mahupun spritual. Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.

4) Memuliakan Guru

Sabda Rasulullah SAW Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-
Adapun hak seorang alim/guru yang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masa kita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut mendapat keredhaan Allah SWT

Akhlak Penuntut Ilmu

1) Merasakan Tanggungjawab ilmu

Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal dia berkata Rasulullah SAW bersabda. Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.-Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sohih-

2) Menjaga amanah ilmiah

Sabda Rasulullah SAW : Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat - Riwayat Attabarani- Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut. - Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya. - Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.

3)Tawadduk

Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk. Firman Allah SWT: "Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja"Surah al-Isra'

4)Mulia diri (Al-Izzah)

Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya, Firman Allah SWT: "kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui"surah al-Munafikun ayat 8 "Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya" surah Fathiir ayat 10

5)Beramal dengan apa yang dipelajari

Firman Allah taala ; "Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?"surah al-Baqarah ayat 44

6) Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu.

 Firman Allah taala: "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendalah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu )ken belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka terima" surah Ali Imran ayat 187

ADAB DI TEMPAT REKREASI




1. PENGERTIAN REKREASI :

-  Kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan contohnya riadhah, beristirehat dan menghiburkan hati.
-  Islam mengharuskan umatnya berekreasi dengan syarat tidak melanggar batas-batas syarak

2. KATEGORI REKREASI:


Aktif

Tertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental seperti bersukan

Pasif

Tidak banyak memerlukan tenaga fizikal seperti bersiar-siar



3. FAEDAH REKREASI

• Menguatkan stamina
• Mengimbangi mental
• Mengeluarkan peluh
• Menenangkan fikiran
• Mengurangkan tekanan perasaan
• Menimbulkan semangat kerjasama
• Memupuk perpaduan

4. ADAB REKREASI :


• Berpakaian menutup aurat
• Menjaga pergaulan mengikut hukum islam
• Aktiviti yang dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarak
• Bertanggung jawab menjaga harta awam
• Bersama-sama menjaga kebersihan kawasan rekreasi
• Menghormati pengunjung dengan tidak menimbulkan sebarang gangguan


5. CIRI-CIRI TEMPAT REKREASI:

• Yang memberi keselesaan kepada pengunjung melakukan aktiviti rekreasi tanpa gangguan yang boleh menghilangkan keseronokkan rekreasi
• Yang menyediakan keperluan dan kemudahan kepada individu, keluarga atau kumpulan dalam pelbagai aspek.

6. STRATEGI PENGAWALAN TEMPAT REKREASI:


• Bebas dari daripada pemandangan dan perbuatan yang melanggar hukum syarak
• Menjaga kepentingan awam
• Melanggar peraturan yang ditetapkan di tempat rekreasi adalah satu kesalahan dan berdosa



7. HIKMAH BERADAB DITEMPAT REKREASI:

• Mendapat keredhaan Allah

• Dapat memupuk silaturrahim di kalangan pengunjung

• Melahirkan masyarakat yang mencintai alam sekitar

• Menghindari perkara mungkar

• Mengekalkan persekitaran yang bersih

ASAS DAN ADAB BERHIAS DIRI

.CARA BERPAKAIAN MENURUT SYARAK



Antara garis panduan berpakaian yang diletakkan oleh Islam ialah


*Berniat untuk menzahir dan mensyukuri nikmat Allah
*Bukan tujuan berbangga diri
*Bertujuan menutup aurat
*Tidak jarang yang menampakkan aurat
*Tidak ketat yang boleh memperlihatkan susuk tubuh badan
*Tidak menyerupai pakaian upacara agama bukan Islam


2.PERBUATAN BERHIAS YANG DILARANG OLEH ISLAM


• Memakai emas / sutera tulin bagi lelaki
• Berpakaian yang berlawanan jantina
• Menyambung rambut ( sama ada menggunakan rambut asli atau palsu )
• Membuat tatu
• Pembedahan anggota badan untuk kecantikan




3.HIKMAH BERHIAS DIRI


• Disukai Allah dan manusia
• Menjauhkan diri dari kehinaan
• Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah
• Menjaga maruah diri dan agama


4.TUJUAN BERHIAS DIRI


- Selaras dengn fitrah manusia yang inginkan kecantikan dan bersih
- Menzahirkan nikmat Allah
- Mensyukuri nikmat Allah dengan menjaganya sebagai tanda terima kasih dikurniakan tubuh badan yang cantik dan sihat

ADAB DAN AKLHLAK ISLAMIYAH

ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W



1.   KEWAJIPAN BERADAB DENGAN RASULULLAH


• Nabi muhammad adalah pemimpin agung dan utusan Allah
• Kita perlu sentiasa membaca selawat ke atasnya sebagai tanda terima kasih

dan memuliakannya
• Kita perlu melaksanakan segala sunnahnya
• Allah menyeru umat Islam agar mengasihi rasulullah sebagai tanda cinta
kepada-Nya

2. GARIS PANDUAN DAN ADAB DENGAN RASULULLAH

• Berselawat kepadanya

i. Ia bagi menunjukkan rasa cinta dan kasih kepadanya
ii. Tujuan bersalawat adalah untuk meberi ucapan selamat bagi menghormati
Rasulullah
iii. Kita perlu beradab semasa berselawat dengan suara yang sederhana dan tidak
terlalu nyaring

• Tawadhuk dan bersopan santun

i. Kita dilarang meninggikan suara dihadapan rasulullah
ii. Bersopan ketika hadis rasulullah dibaca


• Menziarahi makam rasulullah


i. Kita disunatkan menziarahi makam baginda ketika menunaikan haji dan umrah


• Mengasihi para sahabat


i. Kita hendaklah menghormati dan memuliakan sahabat nabi dengan tidak mencaci
atau memandang rendah pendapat sahabat


• Beriltizam dengan sunat rasulullah


i. Kita dikehendaki mengikut segala sunnah rasulullah sama ada perbuatan,
perkataan, hukum, sikap dan pandangan
ii. Kita dikehendaki memastikan setiap amalan kita itu selari dengan ajaran Islam


3. TINGKAH LAKU TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH


• Tidak mentaati perintah baginda
• Bercakap-cakap dan berbuat bising ketika menziarahi makam baginda
• Tidak mengucap selawat ketika nama baginda disebut
• Tidak menghormati sahabat baginda

4. KELEBIHAN MENGAMALKAN SELAWAT KEPADA RASULULLAH

• Jiwa sentiasa tenang
• Sentiasa mengamalkan nilai murni yang baik
• Akan sentiasa mengamalkan ibadat
• Akan sentiasa berhati-hati dalam amalan dan perbuatan dan jauh dari
perkara-perkara maksiat

5. HIKMAH MENGAMALKAN ADAB KEPADA RASULULLAH

• Seseorang yang mengasihi rasulullah akan dikasihi Allah
• Sesiapa yang menjadikan rasulullah contoh dan ikutan, mendapat
kesejahteraan hidup didunia dan keredhaan di akhirat
• Beradab kepada rasulullah mendorong kita mengamalkan sunnahnya
• Melahirkan insan beradab sesama makhluk
• Mendapat rahmat dan keampunan

6. PERBEZAAN ANTARA ADAB TERHADAP RASULULLAH DENGAN ADAB TERHADAP ORANG AWAM

• Adab dengan rasulullah :


i. Rujuk diatas

• Adab dengan manusia :
• Adab dengan manusia :



i. Memanggil mereka dengan nama atau gelaran yang baik
ii. Bergaul dengan bersopan dan tidak menyakiti orang lain sama ada dengan kata-
kata atau perbuatan
iii. Tidak mencaci sesama manusia


7. KERUGIAN ORANG YANG TIDAK MELAKUKAN SUNNAH RASULULLAH

• Tidak berpeluang menerima syafaat dripada rasulullah di akhirat kelak
• Boleh merosakkan iman pada diri sendiri
• Tidak berpegang dengan sunnah rasulullah bererti tidak berpegang dengan
ajaran Allah
• Terhapus pahala atas kebaikan yang dilakukannya





Rabu, 7 Oktober 2009

Adab berpakaian menurut Islam




Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
ISLAM tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dan menutup aurat.
Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:


1. Menutup aurat

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh


PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)


3. Pakaian tidak ketat


TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan


4. Tidak menimbulkan riak


RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)


5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)


Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." – (Abu Daud dan Al-Hakim).


6. Larangan pakai sutera


ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)


7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)





8. Memilih warna sesuai


CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)


9. Larangan memakai emas


TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."


10. Mulakan sebelah kanan


APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."
Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).


11. Selepas beli pakaian


APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:


"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".


12. Berdoa


KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."


Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.



ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA SEDEKAH




a. Sedekah ialah ibadat yang dituntut dalam Islam.
b. Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
c. Hadiah pula bermaksud sesutau pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian.
d. Allah S.W.T memandang mulia perbuatan bersedekah dan memberikan hadiah sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
e. Hukum bersedekah dan memberikan hadiah adalah sunat.

f. Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang.

Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah


Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah.
Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah:
    · mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan  oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas setiap kebajikan yang dilakukannya.
· disukai oleh manusia: Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain.
· rezeki akan bertambah: Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.


2. Jenis-Jenis Sedekah

· Senyuman
-    Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain.

· Amar makruf dan nahi mungkar
  Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh diertikan sebagai menyelamatkan rakan kita daripada azab neraka.

· Menyelesaikan masalah orang lain
Dalam hadis Rasulullah S.A.W. ada menyatakan bahawa menunjukkan jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan maka perbuatan kita itu dikira sebagai sedekah.

· Membuang perkara yang menghalang di jalan
- Membuang benda-benda yang berbahaya dan menghalang serta mengganggu perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan sebagainyajuga merupakan sedekah.

· Wang atau harta benda
- Kita menghulurkan sedekah atau harta benda lain seperti pakaian, makanan, tempat tinggal, aan tanah tempat kediaman juga merupakan sedekah.

· Memberikan khidmat
- Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan dengan memberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan.

3. Adab-Adab Memberikan Hadiah Dan Sedekah

· Untuk mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah S.W.T. dalam sedekah, kita seharusnya melihat kepada adab-adab yang harus dilakukan semasa bersedekah atau memberikan hadiah.
· Adab-adab memberikan hadiah dan sedekah antaranya ialah:

§ ikhlas:
- Pemberian sedekah dan hadiah hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit.

§ memberikan barangan yang disayangi
- Untuk mendapat ganjaran besar terhadap apa yang kita sedekahkan, kita hendaklah memberikan barang yang kita sayangi.

§ tidak mengungkit barang yang telah kita berikan.
-  Sekiranya kita mengungkit barang yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi.

ADAB MENJAGA ORANG SAKIT



1. HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT ·
Farhdu kifayah


2. PANDUAN / ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

· Aspek rohani
- Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

· Aspek emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
- Memahami keperintannya menaggung kesakitan
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis

· Aspek fizikal
- Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
- Menghantar pesakit ketempat rawatan yang sesuai
- Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan

3. HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT

· Mewujudkan silaturrahim semasa islam
· Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit
· Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit
· Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah
4. AKIBAT MENJAGA ORANG SAKIT

· Menambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung
· Menyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup
· Perbuatannya akan dikutuk dan dihina oleh masyarakat sekeliling