Rabu, 7 Oktober 2009

Adab berpakaian menurut Islam




Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
ISLAM tidak menetapkan fesyen pakaian tetapi perlu mematuhi garis panduan dan menutup aurat.
Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu:


1. Menutup aurat

AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh


PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)


3. Pakaian tidak ketat


TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan


4. Tidak menimbulkan riak


RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)


5. Lelaki, wanita berbeza

MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)


Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." – (Abu Daud dan Al-Hakim).


6. Larangan pakai sutera


ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)


7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)

CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)





8. Memilih warna sesuai


CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)


9. Larangan memakai emas


TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."


10. Mulakan sebelah kanan


APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."
Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).


11. Selepas beli pakaian


APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:


"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".


12. Berdoa


KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."


Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.



ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA SEDEKAH




a. Sedekah ialah ibadat yang dituntut dalam Islam.
b. Sedekah adalah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
c. Hadiah pula bermaksud sesutau pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian.
d. Allah S.W.T memandang mulia perbuatan bersedekah dan memberikan hadiah sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.
e. Hukum bersedekah dan memberikan hadiah adalah sunat.

f. Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang.

Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah


Allah S.W.T. akan memberikan kelebihan kepada orang yang memberikan hadiah dan sedekah.
Antara kelebihan orang yang memberikan hadiah dan sedekah ialah:
    · mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan  oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas setiap kebajikan yang dilakukannya.
· disukai oleh manusia: Orang yang suka bersedekah dan memberikan hadiah akan disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain.
· rezeki akan bertambah: Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.


2. Jenis-Jenis Sedekah

· Senyuman
-    Senyuman yang ikhlas yang diberikan untuk orang lain merupakan sedekah. Dengan senyuman, kita dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang serta menggembirakan hati orang lain.

· Amar makruf dan nahi mungkar
  Berpesan-pesan dengan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran merupakan satu sedekah. Keadaan ini boleh diertikan sebagai menyelamatkan rakan kita daripada azab neraka.

· Menyelesaikan masalah orang lain
Dalam hadis Rasulullah S.A.W. ada menyatakan bahawa menunjukkan jalan kepada orang yang sesat merupakan sedekah. Sekiranya kita menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada kesempitan maka perbuatan kita itu dikira sebagai sedekah.

· Membuang perkara yang menghalang di jalan
- Membuang benda-benda yang berbahaya dan menghalang serta mengganggu perjalanan seperti duri, kaca, kayu, dan sebagainyajuga merupakan sedekah.

· Wang atau harta benda
- Kita menghulurkan sedekah atau harta benda lain seperti pakaian, makanan, tempat tinggal, aan tanah tempat kediaman juga merupakan sedekah.

· Memberikan khidmat
- Sedekah juga dapat dilakukan dengan menolong orang yang memerlukan pertolongan dengan memberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan.

3. Adab-Adab Memberikan Hadiah Dan Sedekah

· Untuk mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah S.W.T. dalam sedekah, kita seharusnya melihat kepada adab-adab yang harus dilakukan semasa bersedekah atau memberikan hadiah.
· Adab-adab memberikan hadiah dan sedekah antaranya ialah:

§ ikhlas:
- Pemberian sedekah dan hadiah hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit.

§ memberikan barangan yang disayangi
- Untuk mendapat ganjaran besar terhadap apa yang kita sedekahkan, kita hendaklah memberikan barang yang kita sayangi.

§ tidak mengungkit barang yang telah kita berikan.
-  Sekiranya kita mengungkit barang yang telah kita keluarkan, akan terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi.

ADAB MENJAGA ORANG SAKIT



1. HUKUM MENZIARAHI DAN MENJAGA ORANG SAKIT ·
Farhdu kifayah


2. PANDUAN / ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

· Aspek rohani
- Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
- Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
- Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

· Aspek emosi
- Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
- Memahami keperintannya menaggung kesakitan
- Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis

· Aspek fizikal
- Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
- Menghantar pesakit ketempat rawatan yang sesuai
- Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan

3. HIKMAH BERADAB KETIKA MENJAGA ORANG SAKIT

· Mewujudkan silaturrahim semasa islam
· Meringankan beban dan penderitaan yang dialami pesakit
· Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga, sahabat dan jiran yang sakit
· Melahirkan sifat prihatin kepada golongan yang lemah
4. AKIBAT MENJAGA ORANG SAKIT

· Menambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung
· Menyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup
· Perbuatannya akan dikutuk dan dihina oleh masyarakat sekeliling

Sweet Memories.